Thursday 30 August 2018

Korea October 2012

Autumn in Seoul, Korea. October 2012

Sebelum ke Korea, dah banyak bacaan kami membaca. Maklumlah, pergi bertiga je dengan adik2 aku, anak dara plak tuh. Yang buat cuak sikit , kiteorng gie dengan backpackers je tanpa agent travel. Jimat punya pasal :D
Kami beli tiket Airasia hari tuh bulan March 2012 tak silap dalam sorang RM778 dua hala, murah kan. yang paling best skali, adik aku belanja tiket Airasia gie korea kali nie, Alhamdulillah murah rezeki Nora lagi..


Day 1: Monday 29 Oct 2012
Disebabkan flight kami jam 8:50am, so pagi2 lagi dh bangun suruh abang aku hantar ke KL Sentral je. Dalam jam 6 baru sampai LCCT. sampai2 je terus check-in dan drop beg, sbb tak nak sejarah lama berulang masa nak gie medan bulan lepas.. Hahahahahah
Duration time dari KL ke Incheon City dalam kira2 6 jam jugak la.. Lama betul, nasib baik la beli jugak makanan online kat Airasia, kalo tidak kelaparan kot.
Sampai kat sana dalam pukul 5 ptg la, masa nie dh macam senja gelap sikit. Beli terus T-money kat 7-eleven. T-money dalam 3000 won + 20,000 won untuk our transportation.
nana's properties
T-money dengan harga 2300 won

nana's properties
Bila keluar je dari amik luggage terus ke kanan, ader 7-e sebelah sana
Nie cabaran nak naik bas dari Incheon ke Sinseol-dong. Memang keluar je Gate 5 tuh ada bas nombor 6002, tp ramai betul org queue. Orang korea nie satu je masalah dia, dia nak cepat masuk. main tolak je kite, kene carut ngan aku skali.. serious aku xtahan, dah la bawak beg besar, suka plak tolak2 kita. Amik ko sedas kene ngan aku. hahahhaha. Nasib diorng tak paham. perjalanan bas ke sinseol - dong amik masa dalam 1 jam lebih jugak la. Around jam 8 sampai kat sana. Tapi jangan risau la, dalam bas tuh ader billboard dalam english kat mana sepatutnya kita turun. Kalau xreti jugak, just tanye pemandu bas tuh je.. Bole bayar kat dalam bas jer dalam 10,000 won atau beli tiket kat sebelah kanan, ader 2 kaunter kat sana. Mana2 pun bole
Depan Hostel Korea
Dalam Mark ke Hostel korea ada kedai nie
Gambar atas nie snap masa hari terakhir kiteorng waktu tuh siang lagi, kalo malam xnampak ape2 pun. Sbb Hostel korea nie ceruk2 jugak la, tp kalo ader map xkisah pun.
Depan bilik kiteorng

Dalam bilik

Dalam Bilik, triple room
Triple room kiteorng rent semalam dalam 80,000 won, so kiteorng duk dalam 5 malam. bole kira la berapa ringgit total. Best kat sini dalam bilik dia ada tandas, luxury and privacy skit la.
Malam tuh dalam planing nk kene gie Cheonggyecheon Stream katanya, tp xjadi sbb adik2 aku kepenatan dan sakit kepala penangan naik bas dari airport ke hostel tadi macam2 bau ada.. hahahhaha. Tidur awal sebab esok nak jalan banyak tempat lagi

Day 2: Tuesday 30 Oct 2012

Pagi after breakfast, planning nak pergi Changdeokgung palace dulu

Sambung lg....

Hidup lagi Blog ni...

Ola,

Ya Allah dah berkurun tak meng update Blog nie.. Boleh plak lupa (nampak sngat aku xserious nk update kan). Sorry ye geng..
Post yang ter akhir pun tahun 2014?? Masa mula-mula menjejak kan kaki ke benua Eropah. Nostalgia nyeee.. Hahaha

Now, dah tahun 2018... Banyak lagi tempat dalam 'Bucket List' aku xsempat berkunjung lagi.

Umur pun dah meningkat (tua dh no), masalah kesihatan lagi (xdiet la katakan), waktu kerja yang x flexible sekrang aku kerja projek (kerja xpernah habis). So masa nak Holiday pun xde. Paling lama pun aku boleh beruti dua minggu je atau 10 hari je setahun (Boringkan keje aku).

Last vacation 2018 yang lepas, kami ke Negara Andalusia. Spain. .banyak cerita nie..


Sunday 11 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Lambat ker kalo aku nak wish nie? hahahha. Happy New Year 2015, Moga tahun nie mendapat barakah dan mendapat perlindunganNya.. InsyaAllah
Tahun nie jugak julung2 kalinya aku xder planing pun nk gie mane2 lg, planing nya memang nk gie europe lagi tapi byk sngat masalah yang tak bole nk teruskan lg.. hahahha.

Tahun nie juga aku akan habiskan entry2 yang masih tertunggak aku mcm:

  • Europe April 2014
  • Seoul Korea Nov 2014
  • Melbourne, Australia Oct 2011
  • Guilin, China Oct 2013
Sama2 la kita tunggu bile aku nk rajin tuh!

Friday 15 August 2014

Europe 2014 ~ preparation before Journey

Entry kali nie masukan juga la serba sedikit preparation aku sebelum berangat ke sana.

Disebabkan negara yang aku nk melawat xmemerlukan apa2 visa. So, xyah susah2 la kan :D

1st Thing:
yang penting korang sume kene tau jugak malaysian embassy kat negara2 yang korang melawat nanti. Contoh nya:

Amsterdam. Netherland







Franfurt Germany


Paris, France


Switzerland


Simpan je kat mana2 alamat malaysian embassy nie, manalah tau kan. Malang tak berbau.


2nd Thing:
Flight Booking
Masa cari flight yang mana sesuai selalunya aku akan masuk website tripadvisor, amik option flight nanti dia akan senaraikan semua flight daripada harga yang rendah ke tinggi serta senarai nama flight sekali.
Booking kami masa 4 bulan awal sebelum pergi. So kami expect akan murah la kan..
Flight kami ialah Emirates dari
Kuala Lumpur --> Dubai --> Amsterdam
Balik pun dari Amsterdam --> Dubai --> Kuala Lumpur

 * Hasil pembacaan aku la, cukai kat airport Berlin dan Amsterdam antara yang termurah berbanding paris dan london. Thats why kami pergi amsterdam dulu.

Nk booking flight baru ler aku bukak website Emirates, aderla safety skit.. hahahhaha
Cost Flight RM 5236 for 2 persons

(Emirate pun macam airasia jugak la, online checking. sehari sebelum bertolak kesana aku dh check-in. So, masa beratur terus ke chek-in kaunter.
Masa check in balik aku buat masa last day di Amsterdam. Sbb di Airport Schiphol agak ramai org yang beratur, kalau korang dh web check-in beratur tak la panjang sngat)

3rd Thing:
Tranportation Booking

Yang nie paling mencabar, kami naik high speed train merentas negara dan bandar besar. So korang kene carik schedule train (tarikh dan masa) serta beberapa perkara penting adalah:
  • Kaji journey korang dngan sll check website http://www.seat61.com semua maklumat train ader kat sini
  • berapa lama korang nk stay dalam satu bandar tu. sbb nk letakan tarikh yang sesuai masa booking nanti
  • Selalunya train awal pagi lebih murah.
  • Jika train se-awal pagi, pastikan tempat penginapan dekat dng train station, atau dekat dengan bus stop/ station tram or subway
  • kalau destanasi sesebuah negara lebih pada 10 jam, better amik yang train malam dan boleh tido. bole jimatkan cost hotel nanti.
  • Booking seawal 3 bulan sebelum berangkat.
  • Semasa booking ticket train, terus masukan jumlah penumpang. Sllnya ada discount jika lebih pada seorng.
 ICE Train,
Amsterdam to Frankfurt
Frankfurt to Munich
http://www.bahn.com/i/view/index.shtml

Lyria
Geneve to Paris
http://www.raileurope.com/index.html

Thalys
Paris to Amsterdam
https://www.thalys.com/

* Di sebabkan harga ticket train dari Munich ke Zurich agak mahal. so kami decide naik bus je.
http://meinfernbus.de/en/

Summary all cities transport

ICE: Amsterdam to Frankfurt    € 97
ICE: Frankfurt to Munich           € 58
MeinFernbus: Munich to Zurich € 30
Lyria: Geneve to Paris                   € 68
Thalys: Paris to Amsterdam         € 66

Total                                                € 319  --> 2 persons

4th Thing:
Hotel Booking

Masa booking hotels, tak la seawal masa booking train. Selalunya aku akan buka website tripadvisor dulu, check harga dan availability. So, budget kami dalam RM300 semalam. Kene carik kurang atau hampir2 je.heheheheh. Budget la katakan

perkara penting masa hotel booking:
  • Mesti dekat dngan city centre, kalau jauhpun make sure hotel tuh dekat dngan bus stop/ train station. Sllnya yang dekat dngan centre agak mahal. so, korang pandai2 mencari
  • cara paling senang cari hotel dngan buka website google map sesuatu bandar. cari near to sesuatu kawasan. Cara nie agak leceh dan memerlukan ketahanan mental mencari. hahahahha
  • booked seawal satu atau 2 bulan.
  • dekat dnagn tempat yg menarik, so korang bole jalan kaki je kesana. Jimat cost transport
  • Ada free internet access. kalau xde pun cari yang bole bayar dalam €1

Ada beberapa website korang boleh kunjung, contohnya:
booking.com
agoda.com
hostelbookers.com
hotels.com

--> selalunya booking.com akan tawar harga yang munasabah, sbbnya agoda hanya popular di kebanyakan negara Asia je.

Tapi kalau dh buka tripadvisor dh senang pencarian korang, carik yang murah2 je. Sbb nk tido je kan..

Ada jugak kami buka website dan booking hostel tuh sendiri macam di

(sebelum tuh kami dh compare senarai hotel dngan booking.com, memang harga lebih murah jika di website mereka sendiri)

Summary all hotels

1) Amsterdam, easyHotel Amsterdam - City Centre South
     3 days 2 nights     Price: 106

2) Franfurt, Haus der Jugend e.V.
    3 days 2 nights     Price: 106

3) Munich, ibis Muenchen City West
    3 days 2 nights    Price: 114

4) Luzern, Bellpark Hostel
    2 days 1 night     Price: CHF 78

5) Lauterbrunnen, Valley Hostel
    3 days 2 nights    Price: CHF60

6) Paris, Nouvel Hôtel Paris 18
    2 days 1 night     Price:  € 60

7) Amsterdam, West Side Inn Hotel Amsterdam

    2 days 1 night     Price:  € 52

* Hanya EasyHotel, Ibis, west Side fully bayar semasa booked

5th Thing:
Print out copy

Print out semua segala booking yang kita buat. Hotel/ hostel, tranport, itinerary korang.

Jangan lupa carik jugak map sesuatu bandar. City train map penting untuk rujukan ke tempat2 menarik kat sana.
Selalunya setiap hotel dan hostel akan provide City map, so kalau xdpt print kat malaysia korang ader option lain dapat kat sana nanti atau carik ke tourism (ada di train station)

6th Thing:
Lain-lain

  1. Suhu dan cuaca di sana nanti. Faktor nie penting ke negara seperti Switzerland, kalau ada kesempatan nk naik Mount Titlis atau Jungfraujoch atau Schilthorn
  2. Waktu solat di sesebuah negara.
  3. Bwk beberapa pasang je baju, sbb kat sana pun bole mendobi
  4. Bwk segala ubat seperti gastrik, sakit perut, panadol active fast dan etc
* kami pergi dalam bulan April iaitu early spring, so kami hanya bwk light jacket (jacket kulit boleh tahan sejuk dan panas)