Friday 15 August 2014

Europe 2014 ~ preparation before Journey

Entry kali nie masukan juga la serba sedikit preparation aku sebelum berangat ke sana.

Disebabkan negara yang aku nk melawat xmemerlukan apa2 visa. So, xyah susah2 la kan :D

1st Thing:
yang penting korang sume kene tau jugak malaysian embassy kat negara2 yang korang melawat nanti. Contoh nya:

Amsterdam. Netherland







Franfurt Germany


Paris, France


Switzerland


Simpan je kat mana2 alamat malaysian embassy nie, manalah tau kan. Malang tak berbau.


2nd Thing:
Flight Booking
Masa cari flight yang mana sesuai selalunya aku akan masuk website tripadvisor, amik option flight nanti dia akan senaraikan semua flight daripada harga yang rendah ke tinggi serta senarai nama flight sekali.
Booking kami masa 4 bulan awal sebelum pergi. So kami expect akan murah la kan..
Flight kami ialah Emirates dari
Kuala Lumpur --> Dubai --> Amsterdam
Balik pun dari Amsterdam --> Dubai --> Kuala Lumpur

 * Hasil pembacaan aku la, cukai kat airport Berlin dan Amsterdam antara yang termurah berbanding paris dan london. Thats why kami pergi amsterdam dulu.

Nk booking flight baru ler aku bukak website Emirates, aderla safety skit.. hahahhaha
Cost Flight RM 5236 for 2 persons

(Emirate pun macam airasia jugak la, online checking. sehari sebelum bertolak kesana aku dh check-in. So, masa beratur terus ke chek-in kaunter.
Masa check in balik aku buat masa last day di Amsterdam. Sbb di Airport Schiphol agak ramai org yang beratur, kalau korang dh web check-in beratur tak la panjang sngat)

3rd Thing:
Tranportation Booking

Yang nie paling mencabar, kami naik high speed train merentas negara dan bandar besar. So korang kene carik schedule train (tarikh dan masa) serta beberapa perkara penting adalah:
  • Kaji journey korang dngan sll check website http://www.seat61.com semua maklumat train ader kat sini
  • berapa lama korang nk stay dalam satu bandar tu. sbb nk letakan tarikh yang sesuai masa booking nanti
  • Selalunya train awal pagi lebih murah.
  • Jika train se-awal pagi, pastikan tempat penginapan dekat dng train station, atau dekat dengan bus stop/ station tram or subway
  • kalau destanasi sesebuah negara lebih pada 10 jam, better amik yang train malam dan boleh tido. bole jimatkan cost hotel nanti.
  • Booking seawal 3 bulan sebelum berangkat.
  • Semasa booking ticket train, terus masukan jumlah penumpang. Sllnya ada discount jika lebih pada seorng.
 ICE Train,
Amsterdam to Frankfurt
Frankfurt to Munich
http://www.bahn.com/i/view/index.shtml

Lyria
Geneve to Paris
http://www.raileurope.com/index.html

Thalys
Paris to Amsterdam
https://www.thalys.com/

* Di sebabkan harga ticket train dari Munich ke Zurich agak mahal. so kami decide naik bus je.
http://meinfernbus.de/en/

Summary all cities transport

ICE: Amsterdam to Frankfurt    € 97
ICE: Frankfurt to Munich           € 58
MeinFernbus: Munich to Zurich € 30
Lyria: Geneve to Paris                   € 68
Thalys: Paris to Amsterdam         € 66

Total                                                € 319  --> 2 persons

4th Thing:
Hotel Booking

Masa booking hotels, tak la seawal masa booking train. Selalunya aku akan buka website tripadvisor dulu, check harga dan availability. So, budget kami dalam RM300 semalam. Kene carik kurang atau hampir2 je.heheheheh. Budget la katakan

perkara penting masa hotel booking:
  • Mesti dekat dngan city centre, kalau jauhpun make sure hotel tuh dekat dngan bus stop/ train station. Sllnya yang dekat dngan centre agak mahal. so, korang pandai2 mencari
  • cara paling senang cari hotel dngan buka website google map sesuatu bandar. cari near to sesuatu kawasan. Cara nie agak leceh dan memerlukan ketahanan mental mencari. hahahahha
  • booked seawal satu atau 2 bulan.
  • dekat dnagn tempat yg menarik, so korang bole jalan kaki je kesana. Jimat cost transport
  • Ada free internet access. kalau xde pun cari yang bole bayar dalam €1

Ada beberapa website korang boleh kunjung, contohnya:
booking.com
agoda.com
hostelbookers.com
hotels.com

--> selalunya booking.com akan tawar harga yang munasabah, sbbnya agoda hanya popular di kebanyakan negara Asia je.

Tapi kalau dh buka tripadvisor dh senang pencarian korang, carik yang murah2 je. Sbb nk tido je kan..

Ada jugak kami buka website dan booking hostel tuh sendiri macam di

(sebelum tuh kami dh compare senarai hotel dngan booking.com, memang harga lebih murah jika di website mereka sendiri)

Summary all hotels

1) Amsterdam, easyHotel Amsterdam - City Centre South
     3 days 2 nights     Price: 106

2) Franfurt, Haus der Jugend e.V.
    3 days 2 nights     Price: 106

3) Munich, ibis Muenchen City West
    3 days 2 nights    Price: 114

4) Luzern, Bellpark Hostel
    2 days 1 night     Price: CHF 78

5) Lauterbrunnen, Valley Hostel
    3 days 2 nights    Price: CHF60

6) Paris, Nouvel Hôtel Paris 18
    2 days 1 night     Price:  € 60

7) Amsterdam, West Side Inn Hotel Amsterdam

    2 days 1 night     Price:  € 52

* Hanya EasyHotel, Ibis, west Side fully bayar semasa booked

5th Thing:
Print out copy

Print out semua segala booking yang kita buat. Hotel/ hostel, tranport, itinerary korang.

Jangan lupa carik jugak map sesuatu bandar. City train map penting untuk rujukan ke tempat2 menarik kat sana.
Selalunya setiap hotel dan hostel akan provide City map, so kalau xdpt print kat malaysia korang ader option lain dapat kat sana nanti atau carik ke tourism (ada di train station)

6th Thing:
Lain-lain

  1. Suhu dan cuaca di sana nanti. Faktor nie penting ke negara seperti Switzerland, kalau ada kesempatan nk naik Mount Titlis atau Jungfraujoch atau Schilthorn
  2. Waktu solat di sesebuah negara.
  3. Bwk beberapa pasang je baju, sbb kat sana pun bole mendobi
  4. Bwk segala ubat seperti gastrik, sakit perut, panadol active fast dan etc
* kami pergi dalam bulan April iaitu early spring, so kami hanya bwk light jacket (jacket kulit boleh tahan sejuk dan panas)

No comments:

Post a Comment